Header Ads

LightBlog

Bagaimana menjadi ejen, wakil atau perunding kewangan Takaful Etiqa


Agensi kami mengalu-alukan anda yang memiliki impian memiliki kebebasan kewangan di usia muda untuk bersama-sama kami. Kerjaya sebagai perunding kewangan mampu meraih pendapatan luar biasa. Anda tentukan berapa jumlah pendapatan bulanan yang anda inginkan, kami akan bimbing anda untuk memilikinya.
1.  Apakah Perunding Takaful.
Perunding takaful adalah seorang yang dilantik oleh mana-mana syarikat takaful untuk menjadi wakil mereka dalam memasarkan produk dan pelan takaful.
2. Apakah beliau mendapat gaji atau komisyen.?
Perunding Takaful dibayar komisyen.
3. Apakah kelayakan minima untuk menjadi Perunding Takaful?
Kelayakan minima adalah lulus sekurang-kurangnya 5 matapelajran dalam SPM dan lulus sekurang-kurangnya gred C dalam `Takaful Basic Exam’.
4. Bagaimanakah untuk menduduki peperiksaan `Takaful Basic Exam’.
Anda boleh mendaftar di http://www.takafuleexam.com. Pilih peperiksaan TBE, daftar diri anda, tempat, tarikh peperiksaan dan nyatakan syarikat yang ingin anda sertai seperti Etiqa Takaful Berhad. Adalah lebih baik anda menghubungi agensi yang ingin anda sertai supaya anda dapat memahami cara-cara menyertai peperikasaan dengan betul. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan.
5. Bagaimana untuk mendaftar sebagai wakil takaful?
Hubungi agensi yang melakukan `rekruitment’ wakil takaful dan berdaftarlah dengan mereka seperti agensi ini.
6. Sebagai seorang perunding takaful apakah yang perlu saya lakukan?
Sebagai perunding takaful anda bertindak sebagai perantara antara syarikat yang melantik anda dan pelanggan yang anda bawa untuk mengambil polisi takaful dengan syarikat yang anda wakili.
7. Apa tanggungjawab saya kepada syarikat yang saya wakili?
Anda perlu patuh kepada isi kandungan perjanjian anda sebagai wakil dengan syarikat anda dan anda tertakluk dibawah akta takaful dan peraturan-peraturan berkaitan takaful. Untuk memahaminya anda perlu hadir kursus-kursus berkaitan yang diadakan oleh pihak syarikat yang anda sertai.
Anda dinasihatkan membaca dan memahami isi kandungan perjanjian dan patuh kepada peraturan-peraturan syarikat yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
8. Apa pula tanggungjawab saya kepada pelanggan?
Tanggungjawab anda kepada pelanggan adalah memberi nasihat yang wajar kepada pelanggan berkaitan perancangan kewangan secara menyeluruh dan mencadangkan plan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan pelanggan.
Anda juga perlu memastikan polisi pelanggan anda berbayar untuk mengelakkan polisi mereka ‘lapse’ dan perlindungan dihentikan. Anda akan mendapat report setiap bulan dan anda boleh memantau produksi anda melalui portal syarikat anda.
9. Secara umumnya apakah perkara yang saya perlu lakukan untuk memelihara hak syarikat yang saya wakili?
Anda perlu memastikan pelanggan mengisi borang cadangan dengan jujur dan mendedahkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut dengan detail. Segala maklumat dalam borang adalah daripada pengetahuan pelanggan bukan daripada agakkan anda.
10. Bagaimana pula tanggungjawab saya untuk memelihara hak pelanggan?
Selain memastikan pelanggan mengisi borang cadangan dengan betul dan tepat anda perlu mengisi borang carian fakta pelanggan dengan tepat juga mengikut kerelaan pelanggan untuk mendedahkan maklumat mereka.
Melalui maklumat kewangan pelanggan yang di dedahkan kepada anda, anda perlu membuat analisa keperluan sebenar terhadap nilai perlindungan yang diperlukan pelanggan.
Anda perlu mencadangkan plan yang sesuai berdasarkan keperluan pelanggan anda dan memahamkan kepada mereka kenapa polisi yang anda cadang tersebut lebih bermanfaat kepada mereka waktu ini.
11. Bagaimana saya akan tahu plan yang saya cadangkan itu lebih bermanfaat kepada pelanggan saya?
Dengan ilmu dan latihan mengenai ‘Perancangan Kewangan Islam’ anda akan tahu bagaimana menentukan objektif kewangan dengan betul kepada setiap pelanggan anda dan melalui menganalisa kekuatan kewangan pelanggan, kelemahan dan ancaman kewangan yang mungkin ditempuhi pelanggan anda anda mampu mencadangkan peluang penyelesaian terbaik daripada rangkaian produk yang syarikat anda tawarkan. Untuk tujuan itu anda juga perlu mahir mengenai produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat anda dan tujuan setiap produk.
12. Bolehkah pelanggan saya memiliki lebih daripada satu polisi.
Pelanggan anda boleh memiliki pelbagai polisi yang diperlukan berasaskan keperluan dan kemampuan mereka.
13.  Apakah keistimewaan kerjaya sebagai perunding kewangan?
Banyak keistimewaan kerjaya sebagai perunding kewangan Islam antaranya:
a. Anda mengajar masyarakat bagaimana menguruskan kewangan mereka secara betul dan komprehensif.
b. Anda menyedarkan mereka bahawa perancangan kewangan termasuk membantu pelanggan membuat budget berasaskan kewajiban Islam, mengagihkan perbelanjaan berasaskan keutamaan, menyimpan untuk masa persaraan, saling bantu membantu sesama masyarakat yang memerlukan melalui plan takaful, menyertai plan takaful sebagai strategi jangkamasa pendek untuk menghadapi kemungkinan ditimpa musibah kematian, lumpuh dan penyakit kritikal diusia muda sebelum anak-anak sempat berdikari dan hilang tempat bergantung.
c. Memberi peluang kepada masyarakat membuat pilihan terbaik dalam menguruskan kewangan mereka.
d. Menanamkan sikap prihatin masyarakat kepada orang yang memerlukan termasuk kepada anak dan isteri tersayang.
e. Menyelamatkan masyakat daripada bebanan hutang dinegeri akhirat sekiranya mereka meninggal dunia sebelum sempat melangsaikan hutang-hutang mereka.
f. Memberikan ketenangan jiwa kepada mereka kerana telah merancang dengan baik untuk menghadapi musibah yang tidak dijangka.
14. Itu semua faedah kepada masyarakat, apa pula faedah kepada saya sebagai perunding kewangan takaful?
a. Anda akan dibayar komisyen antara 35 hingga 10 % selama 6 tahun daripada setiap penyertaan pelanggan.
b. Bonus tahunan sehingga 6%
c. Peluang melancung dalam dalam luar negara percuma.
e. Masa kerja dan tempat kerja yang fleksible.
f. Membina empayar kewangan sendiri berasaskan dayausaha anda.
g. Kuat kerja banyak pendapatan, malas kerja tiada pendapatan adalah satu imbuhan yang adil.
h. Perniagaan yang boleh diwarisi kepada isteri atau anak-anak.
i. Peluang kenaikan pangkat dan mendapat komisyen dan bonus daripada jualan kumpulan.
15. Setahu saya syarikat insurans dan takaful terlalu banyak dan wakil-wakil takaful bertambah setiap hari, apakah peluang masih terbuka kepada saya?
Kelahiran rakyat Malaysia melebihi 600,000 setahun dan kini hanya lebihkurang 6% dikalangan peserta takaful dan insurance dikalangan Bangsa Melayu. Pasaran terlalu luas dan masih ramai yang belum ada polisi takaful yang benar-benar memenuhi keperluan mereka.
Setiap yang ada polisi takaful masih memerlukan polisi takaful kedua, ketiga dan seterusnya.
16. Saya masih kabur mengenai sistem takaful, produk dan banyak persoalan saya tidak tahu jawabannya, ini menjadikan saya kurang yakin untuk berjaya dalam bidang ini.
Anda akan diajar oleh ‘leader’ yang melantik anda dan syarikat anda selangkah demi selangkah sehingga anda menjadi `sarjana’ dalam industri dan ketika anda graduet sebagai ‘sarjana’ komisyen anda dijamin mencecah RM5000 hingga RM7,000 sebulan.
Bezanya jika anda menduduki pengajian Sarjana di mana-mana universiti anda perlu membayar yuran tetapi di akademi perunding kewangan Islam anda dibayar komisyen dan bonus semasa menjalani pengajian dan latihan.
17. Apakah saya perlu sentiasa bersama-sama leader saya? Bagaimana jika saya berjauhan daripada mereka?
Anda perlu ikut langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh leader anda dan jangan malu bertanya mereka dan meminta khidmat mereka, kerana mereka dibayar komisyen untuk memastikan anda berjaya. Kejaayan anda adalah kejayaan mereka.
18. Untuk menjadi seorang perunding kewangan yang berjaya mendapat pendapatan RM7000 sebulan apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah masa yang saya perlukan.?
a. Anda perlu memiliki ilmu melalui menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh syarikat dan leader anda kerana ilmu adalah perkara pertama dalam kejayaan bidang perunding kewangan .
b. Anda perlu menggilap `skill’2  yang diperlukan sebagai perunding kewangan Islam
c. Anda perlu sedar bahawa ilmu dan skill akan dimiliki melalui aktiviti yang berterusan dan menghadiri semua kelas yang dianjurkan oleh pimpinan anda. 80% kejayaan adalah berasaskan aktviti dan 20% sahaja ilmu dipelajari dalam kelas.
19. Apakah sikap dan kemahiran asas yang saya perlu untuk menjadi seorang perunding takaful?
Anda perlu tahu menggunakan mesin kira, mampu belajar dan mengajar, boleh dan sanggup berkomunikasi dengan orang ramai, memiliki pemikiran terbuka, tidak mudah kecewa dengan kegagalan, sanggup mencuba perkara yang belum pernah anda lakukan selagi mengikut undang-undang, bercita-cita memiliki pendapatan yang luarbiasa dan boleh berdikari.
20. Apakah skill2 yang akan saya pelajari sepanjang menjadi wakil atau perunding kewangan takaful?
a. Anda akan mempelajari ilmu Perancangan Kewangan Islam yang menjadikan anda mampu memberi nasihat yang wajar mengenai strategi kewangan yang seimbang untuk pelanggan anda.
b. Anda akan mempelajari kemahiran perancangan perniagaan, menentukan visi, misi, prinsip, nilai, sikap dan aktiviti yang betul dalam menjayakan kerjaya anda bagi mencapai pendapatan yang anda impikan dalam tempoh yang anda tentukan.
c. Anda akan mempelajari skil-skil membuat jualan secara professional yang telah berjaya menjadikan seorang jurujual mendapat pendapatan berjumlah puluhan ribu ringgit sebulan.
d. Anda akan diajar seni penampilan diri yang meyakinkan diri anda dan orang lain.
e. Anda akan diajar memahami punca pelanggan menolak idea-idea anda dan bangaimana meyakinkan mereka kebaikan idea anda.
f. Anda akan belajar tabiat seorang yang berjaya dan membina sikap yang betul sebagai seorang yang berjaya.
g. Anda akan belajar bahawa semua bangunan tinggi dikeliling anda, rumah-rumah agam bernilai jutaan ringgit yang dimiliki seseorang bukan kerana mereka bertuah tetapi kerana mereka telah mempunyai impian untuk memilikinya, mengetahui jalan bagaimana untuk memilikinya dan mempunyai mentor yang membimbing mereka sehingga mendapat kejayaan dalam hidup mereka.
i. Anda akan tahu bahawa kegagalan dalam hidup dan kejayaan adalah berasaskan daya usaha yang manusia lakukan dan itulah keadilan Allah kepada manusia di dunia ini.
21. Saya tidak pernah belajar mengenai industri kewangan ini, tidak mempunyai pengalaman dalam membuat jualan dan tidak pernah terlintas memilih industri ini sebagai kerjaya, apakah saya boleh berjaya?
Sebagaimana anda berjaya menulis, membaca, memandu kereta dan lulus dalam peperiksaan yang anda pernah duduki anda boleh berjaya dalam bidang perunding takaful ini jika anda sanggup belajar dan berlatih melakukannya.
22. Saya sudah memiliki pekerjaan tetap apakah saya boleh menjadi perunding kewangan takaful ini separuh masa?
Boleh.
23. Apakah perbezaan ketara kerja makan gaji dan perunding takaful?
Pendapatan maksima makan gaji untuk lulusan sarjana muda aliran sastra masa kini dalam RM7000 setelah 20 tahun berkhidmat. Sebagai perunding kewangan Takaful anda boleh menjana pendapatan berjumlah RM7000 sebulan selepas bulan kesepuluh dengan bekerja secara bersistematik selama 8 jam sehari.
24. Apakah sistem kerja dalam industri kewangan takaful ini?
Anda akan diajar sistem-sistem tersebut yang telah terbukti melahirkan perunding kewangan yang telah berjaya dan sudah pasti anda memerlukan sedikit masa untuk berlatih menjadikan semua aktiviti dalam sistem tersebut menjadi tabiat hiudp anda.
25. Jika saya ingin menyertai agensi anda apakah syarat-syarat yang anda perlukan daripada saya?
a. Sanggup belajar ilmu dan skill.
b. Sanggup melaksanakan segala yang diajar
c. Sanggup berkerja keras sehingga kepenatan.
e. Mempunyai Impian untuk membina empayar kewangan untuk anak cucu saya.
f. Sanggup mencuba dan tidak akan kecewa dengan kegagalan.
g. Tidak memilih keselesaan untuk berjaya dan sanggup buat apa saja asalkan halal dan menepati syarak.
26. Bagaimana untuk saya menyertai agensi anda?
Hubungi kami melalui no:
(Call/SMS/Whatsapp)
019-3218372 Sh. Rodziah
018-9773177 Rashdan


No comments